Ghost

My Heartz

picsandquotes:

Follow this awesome blog for more!

Petang tadi terserempak Ex a.k.a bekas kekasih (tahap mahu diperkenal kepada ibu-bapa sebagai bakal menantu) tengah berjalan ke Bangunan Majlis Islam. Kali pertama lihat setelah sekian lama. Malangnya, tidak ada kesempatan untuk tegur kerana dalam kenderaan.

Sebagai insan kita boleh merancang bersungguh-sungguh tetapi hakikatnya Allah lebih tahu apa yang lebih baik untuk kita. Walaupun apa yang dirancangkan itu baik, Allah kadang-kadang mahukan yang lebih baik untuk kita. Mesti terus bersangka baik. Jika kekecewaan juga dihadapi, ini adalah kerana Allah tahu kita masih boleh bertahan.

Tumpang gembira kerana beliau bakal nikah dengan seorang lelaki yang baik yang saya kenali dan juga seorang Penguatkuasa Undang-undang. Tetapi saya menipu jika jiwa ini tidak sedikit terusik :)

Sharing from my ex lecturer status, pesanan untuk sendiri juga ^_^

Nota dari seorang muslimah (I)

sederhanaindah:

Kau berpesan lewat sekeping nota

‘jangan menyapaku walau hanya dengan mata

kerana dari waktu ke waktu

jelingan itu bisa jadi kata-kata

dan kata-kata bisa menjadi rindu

akhirnya rindu kadang bisa berbunga menjadi cinta.’

yes it is pain, but yet a really sweet heartbreaking moment too.

sederhanaindah:

Pernah jatuh cinta.

jatuh hati.

dan cuba mendekat.

suatu petang, datang seorang budak membawa sekeping nota.

berdebar.

dan bila nota tu dibuka, memang terkejut.

ada tertulis ;

“Maaf, memang awak dah berjaya curi hati saya.

Tapi maaf sekali lagi,

yang awak curi cuma hati saya,

sedang isinya iaitu cinta,

telah lama saya serahkan kepada Tuhan.”

kecewa?

ya, semestinya.

tapi itu telah menyedarkan sesuatu.

ada cinta yang lebih kuat dari cinta sesama manusia :)

Button Theme